Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah

Taklimat Pergigian: Katakan Tidak Kepada Fake Braces!

Khamis, 10 Januari 2019 - Sebuah taklimat pergigian telah diadakan kepada para pelajar tingkatan satu hingga tingkatan lima. 

Sesi taklimat yang berlangsung selama satu jam bagi setiap slot telah disampaikan oleh Dr. Solehah dari Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Pekan. Melalui taklimat yang disampaikan beliau, pelajar-pelajar telah didedahkan kepada budaya pemakaian fake braces (pendakap gigi palsu) yang kini menjadi budaya tular khususnya dalam kalangan remaja. Menurut beliau juga, pemakaian fake braces tidak membantu sama sekali dalam proses penstrukturan semula gigi, akan tetapi mengundang impak negatif di mana pemakai fake braces berisiko kehilangan gigi jika pemakaian pendakap tidak mengikut piawai bahkan turut mengundang risiko kematian.

Sehubungan dengan itu, Dr. Solehah dalam taklimat beliau telah memberikan beberapa saranan kepada para pelajar dalam pemakaian pendakap gigi yang betul. Beliau menyarankan pelajar menggunakan saluran yang betul jika berminat atau berkeperluan untuk memakai pendakap gigi, dan salah satunya adalah melalui perkhidmatan pakar yang disediakan oleh Jabatan Kesihatan Pergigian Daerah Pekan. 

Diharap hasrat murni serta perkongsian bermanfaat daripada Jabatan Kesihatan Pergigian Daerah Pekan ini dapat membuka minda para pelajar terhadap bahaya pemakaian fake braces, dan seterusnya menjadi pengguna yang lebih bijak. Ayuh, sama-sama kita katakan tidak kepada fake braces! 


Tag: Nofakebraces2019

0 komen

Sila berikan komen anda di sini