Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah

PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 SESI 2017

22 Dis 2016 – Memandangkan sesi persekolahan tahun 2017 hampir bermula, oleh itu pada 22 Disember 2016 yang lepas telah diadakan sesi pendaftaran bagi bakal pelajar tingkatan 1 tahun 2017. Pendaftaran ini dilakukan sepenuhnya secara online dengan kerjasama pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang (SUK). Seramai 83 orang pelajar telah mendaftarkan diri pada hari tersebut. Majlis pendaftaran bermula dari jam 8.30 pagi dan berakhir pada 12.30 tengahari ini telah berjalan dengan lancar. Dengan ini, semua warga SMATAF dengan berbesar hati mengucapkan ‘Ahlan Wasahlan’ kepada para pelajar tingkatan 1 tahun 2017 dan selamat menjadi warga SMATAF. 

Tag: Pendaftaran Tingkatan1

0 komen

Sila berikan komen anda di sini