Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah

SPM 2018: “BINTANG TERUS BERSINAR!”

Khamis, 14 Mac 2019 - Hari penuh bersejarah buat semua lepasan SPM 2018 saat Pengetua SMATAF, Ustaz Mohd Shaikhan Bin Mohamed Mokhtar mengumumkan keputusan SPM 2018 di Dewan Ibnu Sina sekitar jam 11.35 pagi. 

Dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 3.27, SMATAF berjaya menunjukkan peningkatan sebanyak 0.13 berbanding tahun lepas. Bagi pencapaian SPM 2018 mencatatkan seramai 47 orang lepasan SPM 2018 memperoleh keputusan cemerlang dengan pencapaian 11 A (2 orang), 9 A (1 orang), 8 A (9 orang), 7 A (9 orang), 6 A (13 orang) dan 5 A (13 orang).Daripada jumlah tersebut, 2 orang lepasan SPM 2018 memperoleh keputusan pencapaian semua A:
1)Raudhah Binti Abdul  Gafar
2)Nuryn Lela Adenin Binti Lela Murad 

Syabas, buat semua lepasan SPM 2018 atas pencapaian yang amat cemerlang! Tahniah juga buat para pendidik dan warga SMATAF di atas usaha yang cemerlang. Semoga bintang-bintang SMATAF terus bersinar di arena lebih tinggi! 

Tag: SPM.2018

0 komen

Sila berikan komen anda di sini