Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah

Kuiz Pesta Ria Pergigian Daerah Pekan

Sabtu, 9 Mac 2019 - Bersempena dengan “Pesta Ria Pergigian Daerah Pekan” anjuran Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Pekan, sebuah aktiviti kuiz telah diadakan di Arena Mahkota Majlis Daerah Pekan. 

Aktiviti kuiz yang turut disertai 4 orang wakil pelajar SMATAF menyaksikan pelajar-pelajar berjaya memperoleh saguhati. Biarpun begitu, penyertaan para pelajar menerusi aktiviti kuiz seumpama ini dapat merangsang dan seterusnya membuka minda para pelajar akan kepentingan kesihatan pergigian. Ini sejajar dengan matlamat utama Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Pekan dalam mempromosikan perkhidmatan pergigian kepada orang ramai melalui aktiviti-aktiviti yang membawa konsep lebih mesra. 

Tag: kuizPestaRiaPergigian.2019

0 komen

Sila berikan komen anda di sini