Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah

KITA JUARA !!!

PEKAN,24 Februari 2019 – Sempena MASISUPA peringkat Zon 1 kali ke 35 tahun ini, SMATAF telah melakar sejarahnya tersendiri apabila berjaya dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Peringkat Zon 1, sekaligus menewaskan enam buah sekolah yang terlibat. Masisupa kali ini disertai oleh SMA Al-Attas, Kulliah Sultan Abu Bakar, SMA Rompin, SMA Bukit Ibam, SMA Darul Makmur Ganchong, dan penyertaan baru tahun ini dari SMA Al-Irsyad, Kuantan. Johan keseluruhan bagi acara Ilmiah dimenangi oleh Kulliah Sultan Abu Bakar manakala Johan keseluruhan bagi acara Sukan dimenangi oleh SMA Rompin. Syabas diucapkan atas kejayaan yang dikecapi. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk menghadapi MASISUPA peringkat pusat yang bakal tiba.  

Tag: masisupa.zon1.2019

0 komen

Sila berikan komen anda di sini