Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah

Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih

PEKAN, 29 APRIL 2019 – Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih telah diadakan bagi meraikan persaraan Puan Nor Reha bt Abdul Malik (Pembantu Tadbir) dan perpisahan bagi Cik Nur Ein bt Mohd Jelani (Guru ASPA) yang bertukar ke SMA Al-Ihsan, Kuantan. Majlis bermula pada jam 11.00 pagi dengan ketibaan yang diraikan di Dewan Ibnu Khaldun SMATAF diiringi selawat. Sepanjang majlis berlangsung, sesi ucapan, penyampaian hadiah dan persembahan telah diadakan bagi yang diraikan. Majlis berakhir jam 2.00 petang bersama majlis santapan. Selamat Bersara buat Puan Nor Reha bt Abdul Malik dan Selamat Berkhidmat di tempat baharu buat Cik Nur Ein bt Mohd Jelani. 

Tag: persaraan.2019

0 komen

Sila berikan komen anda di sini