Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah

SMATAF JOHAN SUKAN MASISUPA ZON 1 KALI KE-34/2018

ROMPIN: 22-25 FEBRUARI 2018, SMA Tengku Ampuan Fatimah telah melakar sejarah yang tersendiri apabila dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Acara Sukan MASISUPA  Peringkat Zon 1 Kali Ke 34/2018. Berbekalkan kutipan 8 Emas, 5 Perak dan 4 Gangsa, SMATAF telah memecahkan tradisi dengan mengungguli kejuaraan tersebut walaupun tanpa penyertaan dalam kategori lelaki. 

Manakala bagi Acara Ilmiah, SMATAF menduduki tempat ke-3 dengan kutipan 6 Emas, 9 Perak dan 3 Gangsa. Semoga dengan pencapaian ini mencetuskan obor semangat membara bagi membawa cabaran Zon 1 yang akan berkampung di SMA Al-Maidah Ad-Dinniah Padang Tengku pada 17-20 Mac 2018 untuk temasya MASISUPA Pusat Kali Ke 34/2018.

Ayuh  SMATAF , Kita Gapai Juara! 

Tag: SMATAF MASISUPA

1 komen

Rosilawati

2018-03-13 08:53:22 UTC

Tahniah! buat smataf. Semoga beroleh kejayaan untuk peringkat seterusnya.

Sila berikan komen anda di sini