Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah

Terokai 1001 Inventions: Kegemilangan Tamadun Muslim

Pada 15- 17 November yang lalu, serikandi SMATAF telah melawat Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan untuk menghadiri pameran 1001 Inventions:Kegemilangan Tamadun Muslim. Pameran yang bermula 3 Ogos lalu dan akan berakhir pada 21 Mac 2017 ini diadakan untuk memperkenalkan ciptaan dan tokoh-tokong Islam tersohor dari abad ke-7 hingga abad ke-17 dari Sepanyol hingga ke negara China yang telah mencetus kemajuan teknologi. 

Pameran ini meliputi beberapa aktiviti iaitu tayangan cerita pendek mengenai tokoh-tokoh Islam, pameran dan permainan interaktif bagi pelajar-pelajar. Di samping itu, para pelajar juga dikehendaki menjawab soalan-soalan yang disediakan semasa menyertai aktiviti-aktiviti tersebut. Lawatan ini berlangsung selama 3 hari yang mana disertai oleh pelajar tingkatan 1 hingga 3 berdasarkan jadual yang telah ditetapkan. Secara tidak langsung, lawatan ini bukan sahaja menambahkan ilmu pengetahuan pelajar bahkan telah memupuk semangat bekerjasama dalam kalangan pelajar.  

Tag: ProAT2016 MUzium Sultan Abu Bakar

0 komen

Sila berikan komen anda di sini