Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah

Tag: "spm"

Papar Artikel

MAJLIS RESTU ILMU SPM 2018

TARIKH: 9 NOVEMBER 2018
TEMPAT: MUDARRAJ 

Sebagai satu pengisian terakhir menjelang peperiksaan, SMATAF telah mengadakan Majlis Restu Ilmu SPM.

Program ini bertujuan bagi memohon restu guru-guru serta memperoleh keberkatan ilmu sebagai bekalan berharga bagi menghadapi SPM. Selain daripada itu, ia dapat menyemai perasaan menghargai, bersyukur dan berterima kasih kepada semua guru yang telah banyak menyumbang tenaga dan ilmu dan seterusnya dapat mengeratkan hubungan sesama pelajar dan guru...

Tag: spm restu ilmu

Papar Artikel

MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA 2018

Tarikh: 29 September 2018
Tempat: Dewan Ibnu Sina, SMATAF 

Solat Hajat Perdana PT3, SMA dan SPM diadakan di Dewan Ibnu Sina dengan dihadiri ramai ibu bapa pelajar Tingkatan 3, 4 dan 5. Program dimulakan dengan Solat Dhuha dan Solat Hajat. Ia diteruskan dengan Bacaan Yasin dan Tahlil. Semoga doa dan hajat yang dimohon diterima oleh Allah SWT. 

Tag: pt3 SMA spm

Papar Artikel

SEMINAR PRINSIP PERAKAUNAN

Tarikh: 28 September 2018
Tempat: Mudarraj SMATAF

Seminar khas untuk subjek Prinsip Perakaunan telah dianjurkan hasil kerjasama Panitia Perinsip Perakaunan SMATAF dan SMK Ahmad. Calon-calon SPM dari SMATAF, SMA Al-Attas dan SMK Ahmad yang mengambil subjek Prinsip Perakaunan telah berkumpul di sini semalam untuk menimba ilmu. 

Tag: PA SMATAF spm

Papar Artikel

SEMINAR SKOR A: WRITING & LITERATURE

Tarikh: 25 September 2018
Tempat: SMK Ubai, Pekan

Panitia Bahasa Inggeris Daerah Pekan telah mengambil inisiatif mengadakan program Seminar Skor A berfokus bagi calon SPM Daerah Pekan 2018. Seminar ini memfokuskan teknik menjawab Bahasa Inggeris Kertas 1 dan Kertas 2 bahagian 'literature'. Seramai 4 orang pelajar SMATAF telah terpilih untuk menyertai program tersebut. 

Tag: english spm SMATAF PEKAN