Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah

Orientasi Pelajar Tingkatan 1 Sesi 2019

Tarikh : 2-4 Januari 2019
Masa : 8.00 pagi - 2.30 petang
Tempat : Mudarraj, SMA Tengku Ampuan Fatimah 

2 Januari 2019 menyaksikan SMA Tengku Ampuan Fatimah menerima 90 orang warga baru dengan pendaftaran pelajar tingkatan 1 bagi sesi 2019. Sepertimana dijalankan saban tahun, Program Orientasi Tingkatan 1 dilaksanakan bermula dari hari pertama sesi persekolahan dan berlangsung selama tiga hari. 

Pelbagai pengisian berinformatif telah disusun dan dijalankan seperti sesi taklimat dari Unit Kurikulum, Unit Ko-Kurikulum, Badan Disiplin, serta Unit Pengurusan Pusat Sumber Sekolah. 

Pihak sekolah turut mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar baharu. 

Tag: OrientasiT1.2019

0 komen

Sila berikan komen anda di sini