Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah

JPAM DAERAH PEKAN: BENGKEL RAWATAN KECEMASAN

Rabu, 3 Julai 2019 - Unit Kokurikulum dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Daerah Pekan telah mengadakan sebuah bengkel rawatan kecemasan. Bengkel yang telah berlangsung di Dewan Ibnu Sina telah disampaikan oleh wakil pegawai JPAM Daerah Pekan kepada para pelajar. 
 
Bengkel sedemikian telah diadakan bagi menyampaikan pengetahuan pertolongan cemas yang seharusnya dipelajari bagi menghadapi sebarang kemungkinan belakunya kes-kes kecemasan. 
 
Sepanjang 1 jam 30 minit bengkel berlangsung, para pelajar telah diajar teknik-teknik rawatan seperti cara balutan anduh, serta jenis rawatan bagi setiap kecederaan. Para pelajar diberi peluang membuat balutan anduh pada kecederaan sewaktu bengkel berlangsung. Melalui pendekataan ini, para pelajar dapat merasai sendiri pengalaman merawat mangsa dalam kes kecemasan sekaligus meningkatkan tahap kefahaman dan kesedaran akan kepentingan mempelajari rawatan kecemasan. 

Tag: PARAMEDIK.KASPA.2019

0 komen

Sila berikan komen anda di sini