Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah

PERKHEMAHAN KADET BOMBA & PENYELAMAT MALAYSIA PERINGKAT ZON 2 NEGERI PAHANG

Pekan, 13-14 Mac - Perkhemahan Kadet Bomba & Penyelamat Zon 2 Peringkat Negeri Pahang yang bertempat di Balai Bomba & Penyelamat Peramu merupakan program tahunan anjuran Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia. Bagi penyertaan pada tahun ini, seramai 10 orang wakil ahli kelab Bomba & Penyelamat SMATAF beserta 2 orang guru pembimbing (Encik Abdul Muez & Puan Zuraidah) telah terlibat sepanjang 2 hari berlangsungnya perkhemahan. 

Di samping perkhemahan, beberapa pertandingan turut berlangsung dan SMATAF telah berjaya muncul sebagai juara dalam pertandingan kawad operasi berhalangan peringkat negeri Pahang bagi zon 2. Tahniah diucapkan atas kemenangan yang diperoleh! 

Tag: KemBomba2019

0 komen

Sila berikan komen anda di sini