Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH AGAMA KERAJAAN NEGERI PAHANG KALI KE-19 TAHUN 2020

Hari      : Jumaat
Masa    : 3.00 petang
Tempat : Arabian Ballroom, Bukit Gambang Resort City, Kuantan

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri (SMAN) Pahang  dilaksanakan saban tahun sebagai pendorong kepada para pelajar dan warga pendidik SMAN Pahang agar terus berdaya saing dan lebih berjaya pada masa akan datang. 

Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menganjurkan majlis gilang-gemilang seumpama ini sebagai saluran penghargaan dan pengiktirafan kepada para pelajar dan warga pendidik SMAN Pahang yang cemerlang akademik tahun 2019 - Sijil Menengah Agama (SMA), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Turut diberi penghargaan menerusi majlis ini ialah warga pendidik SMAN Pahang yang telah mempamerkan pencapaian cemerlang mata pelajaran bagi ketiga-tiga sijil peperiksaan. 

Anugerah-anugerah yang telah disampaikan oleh perasmi Dato' Sri Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad (SSAP., AMP., AMN.), Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang sebagai wakil rasmi YAB Menteri Besar Pahang turut menjulang beberapa buah sekolah yang telah bertungkus-lumus dalam merealisasikan Program 4K (Kebersihan, Keceriaan, Keselamatan & Kerohanian). 

Bagi Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah (SMATAF), tirai 2020 sekali lagi disingkap dengan kecemerlangan menerusi anugerah-anugerah yang diterima:
1) Sekolah Cemerlang SMA 2019
2) Sekolah Cemerlang SPM 2019
3) Sekolah Cemerlang Kokurikulum 2019
4) Sekolah Cemerlang Bahasa Arab (Nahu & Insyak) SMA 2019
5) Sekolah Cemerlang Mata Pelajaran Bahasa Arab SPM 2019

Pertandingan 4K:
1) Johan 4K (Kebersihan)
2) Johan Keceriaan Bilik Guru
3) Johan Keceriaan Bilik Asrama
4) Johan Keceriaan Kamar Selesa

Besar harapan warga SMATAF agar permata-permata kecemerlangan terus berkilau bukan sahaja di persada SMAN Pahang, bahkan ke peringkat yang lebih tinggi di masa akan datang. 

Tag: Wacana.2020

0 komen

Sila berikan komen anda di sini