Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah

MAJLIS IHTIFAL ILMI SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA MALAYSIA (MIISMAM) 2019

AHAD, 8 Julai 2019 - Bahagian Kemajuan Islam, JAKIM dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Selangor dan Jabatan Agama Negeri-Negeri seluruh Malaysia telah berjaya menganjurkan Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah-Sekolah Menengah Agama Malaysia (MIISMAM) Peringkat Kebangsaan pada 5 hingga 7 Julai 2019 bertempat di Sekolah Menengah Agama MAWIP, Kuala Lumpur Cheras. Negeri Selangor merupakan tuan rumah pada penganjuran kali ini.
 
Penganjuran ini adalah bagi meningkatkan pencapaian dan perkembangan pendidikan agama Islam masa kini berdasarkan keperluan masyarakat dan negara. Ia bertepatan dengan kehendak arus perdana pendidikan negara yang memerlukan pelajar yang cerdas dalam pelajaran dan cergas dalam bersukan.
 
Penyertaan pada tahun ini menyaksikan SMATAF telah menghantar dua orang wakil bagi negeri Pahang dalam acara Kitabatul Maqal dan Khat kategori perempuan. Bagi kedua-dua acara yang telah disertai, saudari Ibtihaaj Binti Azlan di bawah bimbingan Puan Rajihan Binti Mohammed telah berjaya merangkul pingat emas menewaskan peserta dari negeri-negeri lain. Manakala, bagi acara Khat, saudari Nur Asyikin Binti Mustafa (dibimbing oleh Puan Zabedah Binti Osman) berjaya memperoleh saguhati penyertaan. 
 
Sekalung tahniah diucapkan kepada para pemenang juga guru pembimbing yang terlibat dalam MIISMAM 2019. Semoga SMATAF dapat memeriahkan lagi penyertaan dalam MIISMAM pada masa akan datang.

Tag: MIISMA.2019

0 komen

Sila berikan komen anda di sini