Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah

Karnival Sukan & Ilmiah 2019: Johan Milik Siapa?

Tarikh : 28-30 Januari 2019
Masa : 3.30 - 5.00 petang
Tempat : SMATAF 

Rabu, 30 Januari 2019 - “Karnival Sukan & Ilmiah SMATAF 2019” akhirnya melabuhkan tirai pada tanggal 30 Januari 2019 setelah berlangsung selama tiga hari. Kemeriah serta kehangatan masih lagi terasa walaupun karnival telah melabuhkan tirai dengan rasminya. 

Sepanjang tiga hari karnival berlangsung telah menyaksikan pelbagai acara sukan dan ilmiah dipertandingkan. Antaranya termasuklah,

Acara Ilmiah:
  • Syarahan BM (PR & PM)
  • Syarahan BI
  • Syarahan BA
  • Tilawah Al-Quran (PR & PM)
  • Tahfiz (PR & PM)
  • Bahasa BM Ala Parlimen 
  • Nasyid
  • Khat

Acara Sukan:
  • Ping-pong Single (PR & PM)
  • Ping-pong Beregu (PR & PM)
  • Badminton Single (PR & PM)
  • Badminton Beregu (PR & PM)
  • Bola Jaring (A & B)
  • Bola Tampar

Walaupun tirai karnival telah berlabuh, namun kemuncak debaran kian terasa dalam menantikan pengumuman rasmi keputusan keseluruhan Karnival Sukan & Ilmiah SMATAF 2019. Rumah manakah yang bakal merangkul Johan keseluruhan? Ayuh, sama-sama kita nantikan! 

“Transformasi Murid ke Arah Negara Bersukan”

Tag: Karnival.2019

0 komen

Sila berikan komen anda di sini