Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah

RUMAH HIJAU MUNCUL JUARA !!!

PEKAN – Unit Kokurikulum SMATAF telah menganjurkan Karnival Sukan dan Ilmiah bagi tahun 2019. Karnival yang berlangsung selama 3 hari ini, bermula 21 hingga 23 Januari menyaksikan empat rumah sukan bertanding bagi 15 acara ilmiah dan 4 acara sukan. Tujuan utama diadakan karnival ini bagi memupuk semangat kesukanan, setia kawan, integrasi dan jati diri dalam kalangan pelajar. Rumah Hijau telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan bagi karnival kali ini, diikuti dengan Rumah Biru tempat kedua, Rumah Kuning  tempat ketiga dan Rumah Merah tempat keempat. Syabas kepada semua warga SMATAF atas kejayaan pelaksanaan karnival tahun ini. Semoga karnival ini menjadi platform para pelajar bagi menonjolkan bakat serta potensi diri untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

Tag: Karnivalsukanilmiah.2019

0 komen

Sila berikan komen anda di sini