Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah

KEJOHANAN PING PONG MSSD PEKAN

PEKAN - Pasukan Ping Pong SMATAF telah menyertai kejohanan Ping Pong MSSD Pekan di Sekolah Menengah Kebangsaan Peramu Jaya, Pekan pada 30 Januari 2019. Nor Syifa bt Abdul Rahman, 17 tahun telah menjuarai kategori perempuan manakala Inas Insyirah bt Hasni, 17 tahun dan Azieatul Naziella bt Edhar, 14 tahun telah berkongsi tempat ketiga. Seorang lagi peserta Siti Sabrina bt Norazme, 15 tahun terpaksa berpuas hati dengan tempat keempat. Tahniah diucapkan kepada guru pembimbing serta pasukan Ping Pong SMATAF atas kejayaan yang diraih. Semoga dengan kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus berjaya pada kejohanan akan datang. 

Tag: MSSD.2019

0 komen

Sila berikan komen anda di sini