Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah

SMATAF SUMBANG EMAS BUAT KONTINJEN PAHANG DI KESSUMA 2018

15-19 Julai 2018- Satu pingat emas mungkin dilihat sumbangan kecil kepada kejayaan Pahang di  Kejohanan Sukan Sekolah Agama Malaysia (KESSUMA) edisi ke 19/2018  tetapi bagi warga SMATAF ianya merupakan  pencapaian terbaik pelajar Fadhilah Aisyah binti Mastura, 17, sepanjang berada di sekolah ini. Fdhilah telah membantu kontinjen Pahang meraih pingat emas bagi acara badminton menewaskan Terengganu di pusingan akhir. Perlawanan yang berlarutan hampir tiga jam itu akhirnya membuahkan hasil buat Pahang. 

Dua lagi pelajar SMATAF turut menyertai KESSUMA 2018 di UPSI bagi acara ping pong. 

SMATAF terus mara!

Tag: SMATAF JAIP Kessuma UPSI

0 komen

Sila berikan komen anda di sini