Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah

MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN

PEKAN - Pagi ini telah berlangsung Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah bagi tahun 2018 yang telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua, Al- Fadhil Ustaz Mohd Shaikhan bin Mohamed Mokhtar.

Objektif pelancaran bulan kemerdekaan ini ialah bagi menanam sikap sayang dan cinta kepada Negara, memupuk dan memperkukuh semangat setia Negara dan jati diri serta menanam rasa tanggungjawab kepada negara. Menanam rasa bangga dan menghormati Jalur Gemilang sebagai lambang kedaulatan negara serta menyemai rasa syukur dan menghayati kemerdekaan negara.

Antara aktiviti yang diadakan pagi ini ialah lakonan kemerdekaan, gimik pelancaran bulan kemerdekaan dan nyanyian lagu-lagu patriotik. 

Tag: bulan.kemerdekaan.2018

0 komen

Sila berikan komen anda di sini