Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah

SMATAF, KEKAL CEMERLANG SMA 2018

PEKAN, Tanggal 27 Disember 2018 - SMATAF mencipta sejarahnya tersendiri kerana berjaya mengekalkan kecemerlangan dalam keputusan Sijil Menengah Agama (SMA) Peringkat Negeri Pahang 2018. Keputusan rasmi Peperiksaan SMA 2018 telah diumumkan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Dato’ Syed Ahmad Fuad bin Syed Taha, DIMP.,SMP., di Dewan Ibnu Sina, meletakkan SMATAF sebagai sekolah terbaik dalam Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang (SMAN) untuk 6 tahun berturut-turut. Dalam pengumuman yang sama, 2 orang pelajar SMATAF, Nur Ain Solehah binti Hasnan  dan  Nur Asmaa’ Madihah binti Nor Afandi  turut dinobatkan sebagai pelajar terbaik SMAN bagi SMA 2018. Selain itu, SMATAF juga mendapat kelulusan penuh 100%. Seramai 115 orang pelajar telah menduduki Peperiksaan SMA 2018 dan 50 orang pelajar telah meraih pangkat MUMTAZ SAFI manakala 39 orang pelajar memperoleh pangkat MUMTAZ. Tahniah buat semua warga SMATAF, semoga kejayaan ini dapat memacu kecemerlangan di dalam kelasnya tersendiri.

Tag: SMA.2018

0 komen

Sila berikan komen anda di sini