Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah

TEMU UJI KEMASUKAN PELAJAR TINGKATAN 1 TAHUN 2020

Hari :  Sabtu
Tarikh : 14 Disember 2019


SMATAF - Seramai 248 calon Tingkatan 1 bagi sesi persekolahan tahun 2020 hadir ke temu uji yang bertempat di Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah. Walaupun cuaca mendung dan disusuli hujan lebat, calon-calon yang rata-ratanya hadir dari sekitar negeri Pahang tetap tiba bagi sesi pendaftaran seawal jam 8.00 pagi.       

            Para ibu bapa dan penjaga turut hadir bersama-sama memberi sokongan dan galakan kepada calon-calon. Bagi memenuhi kekosongan waktu para ibu bapa dan penjaga, pihak pentadbiran sekolah turut mengadakan sesi taklimat ringkas yang telah disampaikan oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar (Puan Saadah Binti Ibrahim). Sesi taklimat ringkas ini penting bagi memperjelaskan isu serta persoalan berkaitan prosedur kemasukan pelajar Tingkatan 1 ke Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang (SMAN Pahang). Sesi Taklimat turut diwarnai dengan lawatan daripada Al-Fadhil Ustaz Mohammad Bin Ab Rahman, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam.

            Semakan keputusan temu uji boleh dibuat secara atas talian melalui pautan https://esma.pahang.gov.my pada 23 Disember 2019 dengan menggunakan angka giliran dan no kad pengenalan calon. 

Selamat Maju Jaya kepada semua calon temu uji kemasukan pelajar Tingkatan 1 tahun 2020!

            

Tag: TemuUji.2020

1 komen

Ana

2021-03-22 06:56:50 UTC

Assalamualaikum, tumpang tanya, apakah syarat kemasukan pelajar ke sekolah ini?

Sila berikan komen anda di sini