Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah

PENYERAHAN SIJIL SAMBUTAN HARI SKAF SEDUNIA 2018 PERINGKAT NEGERI PAHANG



Hari Skaf Sedunia 2018 Peringkat Negeri Pahang telah dilancarkan di Pekan oleh Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Kemanusian, Jabatan Pendidikan Pahang, Tuan Haji Rauf bin Jali pada Ogos yang lalu. Seramai 11 orang pelajar dan 2 guru pengiring SMATAF telah menyertai sambutan yang diadakan di SMK Seri Pekan ini. Pelbagai acara menarik telah dipertandingkan dan pasukan Pandu Puteri SMATAF telah berjaya mendapat tempat keempat dalam pertandingan mencipta replika logo Hari Skaf sedunia. Majlis penyerahan sijil ini diadakan untuk meraikan pencapaian mereka di peringkat negeri ini.  

Tag: Pandu Puteri Girls Guide SMATAF Pengakap

0 komen

Sila berikan komen anda di sini