Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah

MAJLIS MESRA AIDILFITRI SMATAF

TARIKH : 27 JUN 2019
TEMPAT : DEWAN IBNU SINA SMATAF

PEKAN - Majlis Mesra Aidilfitri peringkat SMATAF telah diadakan di Dewan Ibnu Sina SMATAF. Majlis yang bermula jam 10.00 pagi itu dimeriahkan lagi dengan kehadiran para tetamu dalam kalangan warga SMAN dan juga Jabatan Kerajaan yang diundang disamping warga SMATAF sendiri. Majlis bertambah meriah dengan selingan lagu raya dan DJ yang bertugas, Ustaz Rozmizam dan para pelajar. Pelbagai juadah raya disediakan untuk para tetamu dalam majlis tersebut. Terima Kasih diucapkan kepada para tetamu yang hadir dan Tahniah kepada semua warga SMATAF kerana menjayakan Majlis Mesra Aidilfitri pada tahun ini.

Tag: aidilfitri.2019

0 komen

Sila berikan komen anda di sini