Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah

MAJLIS RESTU ILMU SPM 2018

TARIKH: 9 NOVEMBER 2018
TEMPAT: MUDARRAJ 

Sebagai satu pengisian terakhir menjelang peperiksaan, SMATAF telah mengadakan Majlis Restu Ilmu SPM.

Program ini bertujuan bagi memohon restu guru-guru serta memperoleh keberkatan ilmu sebagai bekalan berharga bagi menghadapi SPM. Selain daripada itu, ia dapat menyemai perasaan menghargai, bersyukur dan berterima kasih kepada semua guru yang telah banyak menyumbang tenaga dan ilmu dan seterusnya dapat mengeratkan hubungan sesama pelajar dan guru menjelang peperiksaan SPM

Pengetua SMATAF, Ustaz Mohd Shaikhan bin Mohamed Mokhtar telah menyampaikan amanat kepada semua calon SPM 2018 agar menjaga kesihatan dan keselamatan sepanjang peperiksaan.

Doa sentiasa mengiringi perjuangan calon SPM SMATAF. Moga kejayaan yang cemerlang menjadi milik mereka.



Tag: spm restu ilmu

0 komen

Sila berikan komen anda di sini