Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah

Seminar Sprint to Score & Career Beyond 2020 Tahun 2019

Rabu, 13 Mac 2019 - Seramai 300 orang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta 30 orang calon Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (SPTM) sekolah-sekolah menengah daerah Pekan telah menyertai Seminar Sprint to Score & Career Beyond 2020 Tahun 2019. SMATAF telah menghantar 8 orang wakil calon SPM tahun 2019. Seminar dan taklimat hala tuju kerjaya yang telah diadakan di DRB Hicom University of Automotive Malaysia bermula dari jam 8.30 pagi sehingga 5.00 petang. 

Menerusi seminar dan taklimat yang telah disampaikan, pelajar-pelajar telah didedahkan dengan format serta teknik menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan betul dan berkesan. Antara objektif utama sesi seminar sebegini diadakan adalah bertujuan meningkatkan tahap kemahiran berbahasa inggeris para pelajar dalam membangunkan keupayaan penggunaan bahasa inggeris yang lebih baik. Selain itu juga, seminar ini turut direka untuk meningkatkan tahap keyakinan pelajar khususnya dalam komunikasi dan interaksi sosial.

Sebagai penutup tirai Seminar Sprint to Score & Career Beyond 2020 Tahun 2019, YH Dato’ Mohd Nizar Bin Dato’ Sri Mohd Najib selaku ahli lembaga pemegang amanah Yayasan Pendidikan Tun Abdul Razak (PINTAR) turut hadir merasmikan majlis penutupan pada petang semalam.

Dalam ucapan beliau ketika merasmikan majlis penutupan Seminar Sprint to Score & Career Beyond 2020, beliau turut menekankan kepada tahap kompetensi berbahasa inggeris serta pengetahuan dan kemahiran dalam bidang sains serta teknologi sebagai persediaan kerjaya menjelang tahun 2020.

Tag: SprintToScore.2019

0 komen

Sila berikan komen anda di sini