Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah

PEMANTAUAN PERSEDIAAN PRA-PEMBUKAAN SESI PERSEKOLAHAN NORMA BAHARU

Hari    : Selasa
Tarikh : 16 Jun 2020

          Bagi memastikan proses persediaan pra-pembukaan sesi persekolahan norma baharu, SMATAF telah menerima kunjungan dari wakil pegawai Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). Turut turun padang pada hari yang sama ialah wakil pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Pekan (PPD Pekan). 

           Sesi pemantauan yang telah dijalankan memfokuskan kepada persediaan sekolah sebelum sesi persekolahan norma baharu. Selain itu juga, sekolah turut digesa agar menitikberatkan SOP (Standard Operation Procedure) dalam setiap aspek persediaan yang dijalankan oleh pihak sekolah sebelum sesi persekolahan bermula pada 24 Jun 2020 (Rabu). Antara SOP yang dititikberatkan sewaktu pemantauan termasuklah; stesen imbas suhu, penjarakan sosial (bilik darjah/bilik guru/pejabat), pelan dan label laluan kawasan sekolah dan bilik darjah, tatacara pembelian makanan di kantin, penyediaan bilik isolasi, penyediaan tempat membasuh tangan dan pensanitasi tangan (hand sanitizer). 

           Diharap agar segala usaha yang telah dijalankan pihak sekolah dapat membantu mencegah penularan serta memutuskan rantaian covid-19.

#kitajagakita #kitamestimenang #kekalselamat

Tag: Pemantauan.Pra-Pembukaan.Sek.Norm.Baharu

0 komen

Sila berikan komen anda di sini