Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah

SAMBUTAN HARI GURU 2019 : MENGIMBAU KENANGAN 60an

PEKAN, 25 APRIL 2019 – Sambutan Hari Guru pada tahun ini telah diawalkan berikutan menghormati bulan Ramadan yang bakal tiba pada Mei nanti. Oleh yang demikian, sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah diadakan pada 25 April lepas bertempat di sekitar SMATAF. Sambutan dimulai dengan acara padang pada jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi. Kemudian, pada jam 11.00 pagi acara dewan dimulakan dengan tema ‘Mengimbau Kenangan Zaman 60an’. Kemeriahan sangat dirasai apabila semua guru dan kakitangan SMATAF memakai pakaian 60an bagi meraikan tema tersebut. Majlis berakhir pada jam 1.30 tengahari. 

Tag: hariguru.2019

0 komen

Sila berikan komen anda di sini