Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah

MAJLIS APRESIASI SMATAF TAHUN 2019

Tarikh : 10 Januari 2020
 Masa : 12.00 tengahari - 2.00 petang
Tempat : AnCasa Royale Pekan
Tema Majlis : "Menjalin Interaksi, Melakar Memori"
Tema Pakaian : Plain & Floral

Sebagai menghargai jasa dan sumbangan seluruh warga SMATAF atas pencapaian yang membanggakan sepanjang tahun 2019, pihak pentadbiran SMATAF telah menganjurkan sebuah majlis iaitu "Majlis Apresiasi SMATAF Tahun 2019". Majlis seumpana ini diadakan untuk menyuntik semangat kepada semua guru dan staf agar meningkatkan motivasi dalam melaksanakan tanggungjawab dan seterusnya meningkatkan kecemerlangan SMATAF bagi tahun 2020.

Antara objektif majlis ini diadakan adalah; menjalinkan hubungan baik dan mengeratkan silaturahim antara warga SMATAF, meningkatkan interaksi dan kerjasama yang lebih progresif antara warga SMATAF, menghargai jasa dan sumbangan guru dan staf serta merai dan memberi pengiktirafan kepada pegawai yang menunjukkan prestasi yang cemerlang. Justeru, Pengetua SMATAF, Al-fadil Ustaz Mohd Shaikhan Bin Mohamed Mokhtar turut mengumumkan Anugerah Khas Pengetua kepada guru-guru dan staf atas khidmat cemerlang yang telah diberikan sepanjang tahun 2019. Antaranya termasuklah:

 "Anugerah Pengurusan Tugas Terbaik"
1) Puan Sariah Binti Muhammad Arshad
2) Puan Rosliza Binti Yun
3) Puan Shafiza Binti Abd. Hamid 
4) Puan Ummul Khairi Fatimah Binti Mohsin
5) Puan Siti Nuranisah Binti Mustafa
6) Puan Normala Binti Shamsuddin
7) Puan Zabedah Binti Ismail
8) Puan Nurusakinah Binti Ahmad

"Anugerah Kehadiran Terbaik"

1) Cik Norazuatika Binti Mohamad Nordin

"Anugerah RPH Terbaik"

1) Cik Nurul 'Atikah Binti Mohamed

Semoga usaha murni dari pihak SMATAF dapat menyuntik semangat membara disamping mewujudkan kerjasama harmoni dalam kalangan warga SMATAF.

Akhir kalam dari editor :"Ukhuwwah Fillah Abadan Abadan!" 

Tag: Apresiasi.2019

0 komen

Sila berikan komen anda di sini