Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah

PPIM SMATAF SERLAH SEMANGAT 'SAYANGI MALAYSIAKU' DI DATARAN PEKAN

PEKAN, Jumaat - ‘Sayangi Malaysiaku’ dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, bagi merai dan mempertingkatkan semangat cintakan negara di kalangan rakyat Malaysia. Pada tahun ini, bagi menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan dalam diri pelajar, kontinjen Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) SMATAF telah menyertai Pertandingan Perbarisan Unit Beruniform sempena Hari Kebangsaan kali ke 61 peringkat Daerah Pekan. Sambutan yang diadakan pada tarikh keramat 31 Ogos 2018 di Dataran Pekan itu telah melibatkan 30 orang peserta dan kontinjen diketuai oleh Intan Mahsuri bt. Masfadillah. Kontinjen PPIM SMATAF telah berjaya meraih Naib Johan dalam pertandingan tersebut bagi kategori Sekolah Menengah. TAHNIAH diucapkan kepada kontinjen PPIM SMATAF serta guru pengiring yang terlibat iaitu Puan Rosnah Bt. Bakar, Puan Mardziah Bt Jilani dan Cik Norbi Bt Yunus. 
 

Tag: PPIM.MERDEKA.2018

0 komen

Sila berikan komen anda di sini