Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah

Tag: "JAIP"

Papar Artikel

SMATAF SUMBANG EMAS BUAT KONTINJEN PAHANG DI KESSUMA 2018

15-19 Julai 2018- Satu pingat emas mungkin dilihat sumbangan kecil kepada kejayaan Pahang di  Kejohanan Sukan Sekolah Agama Malaysia (KESSUMA) edisi ke 19/2018  tetapi bagi warga SMATAF ianya merupakan  pencapaian terbaik pelajar Fadhilah Aisyah binti Mastura, 17, sepanjang berada di sekolah ini. Fdhilah telah membantu kontinjen Pahang meraih pingat emas bagi acara badminton menewaskan Terengganu di pusingan akhir. Perlawanan yang berlarutan hampir tiga jam itu akhirnya...

Tag: SMATAF JAIP Kessuma UPSI

Papar Artikel

GOTONG-ROYONG 4K

18 JULAI 2018- Jawatankuasa Hal Ehwal Pelajar SMATAF dengan kerjasama Unit 4K SMATAF telah menganjurkan Program Gotong-Royong 4K dengan pembabitan seluruh warga SMATAF yang melibatkan pelajar, guru dan staf sokongan. Program yang meliputi aktiviti sisih, sapu dan susun ini adalah sebagai satu usaha bagi memupuk nilai kebersihan, kerjasama antara guru dan pelajar dalam menjaga kebersihan kawasan persekitaran pembelajaran amnya. Program ini bermula pada jam 3 petang dan berakhir pada jam 5...

Tag: SMATAF 4k JAIP SMAN

Papar Artikel

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN BARISAN KEPIMPINAN PELAJAR SESI 2018

Upacara penuh tradisi  pelantikan sayap utama ini telah diadakan pada 9 Februari 2018 di Dewan Ibnu Sina untuk mengiktiraf peranan pelajar dalam menyumbang kepada kejayaan sekolah disamping menyemai sikap bertanggungjawab terhadap tugasan yang diamanahkan oleh pihak sekolah. Majlis ini dirasmikan oleh Penolong Pengarah Unit Ko-Kurikulum dan HEP, Bahagian Pendidikan, JAIP, Al- Fadil Ustaz Hairuddin bin Kadir.

Berikut adalah barisan kepimpinan tertinggi pelajar bagi sesi 2018:

  • Ketua...

Tag: watikah SMATAF JAIP

Papar Artikel

Majlis Penyampaian Agihan Zakat Bantuan Pendidikan Pelajar Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang (SMAN) 2017

8 Mac 2017- – Keterujaan jelas terpancar pada wajah 577 pelajar Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah (SMATAF) apabila menerima bantuan di Majlis Penyampaian Agihan Zakat Bantuan Pendidikan Pelajar  Sekolah  Menengah Agama Negeri Pahang (SMAN) 2017.  Majlis yang berlangsung di Dewan Ibnu Khaldun  itu telah disempurnakan oleh YDH Orang Kaya Indera Pahlawan, Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid...

Tag: muip JAIP SMAN