Sekolah Menengah Agama Tengku Ampuan Fatimah

Tag: "smataf"

Papar Artikel

MAJLIS PERPISAHAN: LAMBAIAN KASIH KUNTUMAN BUDI

TEMPAT: DEWAN IBNU SINA
TARIKH: 31 JULAI 2018

Majlis Perpisahan Lambaian Kasih Kuntuman Budi telah diadakan bagi meraikan tiga orang pendidik SMATAF yang berwibawa. Mereka adalah Pn Misnah binti Samsudin yang telah bersara, Pn Nurul Husna binti Kamal Bashah yang berpindah ke Selangor serta En Khiza bin Sulaiman yang akan bertukar ke sekolah baru. Semoga kalian sentiasa dalam rahmat Allah untuk segala jasa dan budi sepanjang berkhidmat di sini. 

Tag: SMATAF perpisahan

Papar Artikel

2017-2018 Go English Project

Seramai 37 orang pelajar tingkatan 3 yang mewakili 10 buah kumpulan telah menyertai kempen atas talian 2017-2018 Young Students Series Go English! dengan jayanya. Gerak kerja projek yang bermula sejak tahun lalu berakhir pada Februari 2018 akhirnya membuahkan hasil. Mereka yang terlibat telah menerima hadiah iringan dan sijil pencapaian dari pihak ETS di New York. Mereka juga menerima sijil penglibatan dari Kementerian Pendidikan Malaysia. 

Tag: SMATAF ETS TOEFL 2017-2018

Papar Artikel

CABARAN INTERAKTIF PENGGUNA 2018

27 Julai 2018- Pasukan SMATAF telah layak mewakili daerah Pekan ke peringkat negeri Pahang setelah mendapat tempat kedua dalam Cabaran Interaktif Pengguna Kelab Pengguna Sekolah. Pertandingan peringkat negeri itu berlangsung di Kompleks Rakan Muda Raub pada 24-26 Julai 2018. Sebanyak 34 buah sekolah seluruh negeri Pahang menyertai pertandingan ini mewakili seluruh daerah di Pahang. Cabaran interaktif ini adalah bertemakan 'explorace".

Tag: SMATAF

Papar Artikel

SMATAF SUMBANG EMAS BUAT KONTINJEN PAHANG DI KESSUMA 2018

15-19 Julai 2018- Satu pingat emas mungkin dilihat sumbangan kecil kepada kejayaan Pahang di  Kejohanan Sukan Sekolah Agama Malaysia (KESSUMA) edisi ke 19/2018  tetapi bagi warga SMATAF ianya merupakan  pencapaian terbaik pelajar Fadhilah Aisyah binti Mastura, 17, sepanjang berada di sekolah ini. Fdhilah telah membantu kontinjen Pahang meraih pingat emas bagi acara badminton menewaskan Terengganu di pusingan akhir. Perlawanan yang berlarutan hampir tiga jam itu akhirnya...

Tag: SMATAF JAIP Kessuma UPSI