LENSA SEKOLAH | KEPUTUSAN PT3
KUANTAN - Keputusan PT3 telah diumumkan secara serentak bagi semua sekolah di seluruh Negeri Pahang. Pihak pentadbiran SM Agama Al-Ihsan mengambil sedikit ruang dan masa untuk merakamkan penghargaan Kecemerlangan Akademik bagi semua calon PT3 sesi 2017. Usaha ini bertujuan untuk meraikan kesungguhan para pelajar yang ditonjolkan semasa menghadapi peperiksaan. Ucapan "Terima Kasih" dirakamkan kepada semua ibu bapa yang memberi sokongan dan kepercayaan sepenuhnya untuk kecemerlangan akademik di...
LENSA SEKOLAH | PENDAFTARAN TINGKATAN SATU '18
KUANTAN - Seramai 162 orang pelajar baru telah membuat pendaftaran bagi sesi persekolahan 2018 berdasarkan daripada analisis keputusan temu uji baru-baru ini. Ini membuktikan bahawa keperluan terhadap sistem pendidikan sekolah menengah agama adalah tinggi. Pada masa yang sama, masyarakat setempat khususnya memberi tindak balas positif yang menjadi kelangsungan sistem persekolahan secara berterusan. Diharapkan dengan sokongan yang diberikan dapat menghasilkan generasi pengubah dunia ke...
LENSA SEKOLAH | LADAP: QUALITY ENVIRONMENT
KUANTAN - Satu latihan dalam perkhidmatan (LADAP) berkaitan Quality Environment telah dilaksanakan bagi memahami dengan lebih terperinci mengenai 5S . Penceramah jemputan iaitu Cik Faridah bt Tajurahim dari MPC. Para peserta terdiri dari guru-guru dan kakitangan SM Agama Al-Ihsan begitu teruja mendapatkan bahan, kaedah dan penerangan daripada penceramah yang juga merupakan seorang alumni sekolah ini. Semoga 5S dapat dilaksanakan dengan jayanya di SM Agama Al-Ihsan.
...
LENSA SEKOLAH | KECEMERLANGAN TAHUN BARU
KUANTAN - SM Agama Al-Ihsan membuka tirai sesi persekolahan baru 2018 dengan meletakkan kecemerlangan sebagai KPI bagi setiap jabatan sama ada pengurusan dan pentadbiran, kurikulum mahupun ko kurikulum dalam usaha memartabatkan pendidikan dalam konteks Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Diharapkan agar perjalanan persekolahan bagi tahun ini dipenuhi dengan pelbagai lakaran kecemerlangan. Insya-Allah.
