LENSA SEKOLAH | ANUGERAH SIMULASI SPM
KUANTAN - Pihak sekolah mengadakan satu majlis ringkas awal minggu ini bagi meraikan keputusan cemerlang yang diperolehi oleh para pelajar dalam Peperiksaan Simulasi SPM yang berlangsung dalam tempoh seminggu. Peperiksaan yang menguji tahap kesediaan dan persiapan para pelajar dibuktikan melalui keberhasilan yang positif menerusi keputusan peperiksaan secara keseluruhan. Hal ini membuktikan bahawa para pelajar sentiasa bersiap siaga dalam membuat persediaan yang rapi menghadapi peperiksaan sebenar. Justeru, pihak sekolah mengharapkan kecemerlangan ini akan berterusan sehingga ke akhir peperiksaan SPM dan meletakkan sekolah pada tahap kecemerlangan yang sama dengan sekolah-sekolah yang lain.
0 komen