LENSA ASRAMA | MAJLIS RAMAH MESRA KELUARGA ANGKAT
KUANTAN - Pihak pentadbiran asrama telah menganjurkan satu Majlis Ramah Mesra Keluarga Angkat bagi pelajar tingkatan 1 dan 5. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Pahang, Ustaz Abu Bakar Bin Mat Saad, AMP,. Antara objektif penganjuran majlis tersebut adalah untuk mengelakkan berlakunya masalah buli dan pada masa yang sama bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara pelajar tingkatan 1 dan 5. Dapatan daripada itu,...
LENSA SEKOLAH | PELANCARAN QUALITY ENVIRONMENT
KUANTAN - Satu Majlis Pelancaran Quality Environment telah dianjurkan oleh pihak sekolah sebagai langkah permulaan untuk mengubah suai persekitaran sekolah ke arah yang lebih baik. Majlis ini telah disempurnakan oleh Pengarah Malaysia Productivity Corporation Tuan Haji Adnan Bin Abdullah. Antara objektif pelancaran ini adalah untuk mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan kondusif kepada semua warga sekolah termasuk para pelajar. Dalam konteks pelajar, pelancaran ini dapat menanam sikap...
LENSA SEKOLAH | KARNIVAL ILMIAH (PART 4)
KUANTAN - Karnival Sukan dan Ilmiah yang berlangsung bagi tempoh satu minggu telah melabuhkan tirainya dengan acara ilmiah. Antara yang menarik perhatian para pelajar dalam kesemua acara yang dipertandingkan adalah acara Debat Bahasa Arab, Debat Bahasa Inggeris dan acara Nasyid. Pihak pentadbiran SM Agama Al-Ihsan sangat berpuas hati dengan semangat dan kesungguhan yang ditonjolkan oleh para pelajar dalam menjayakan karnival ilmiah kali ini. Karnival ini berakhir dengan majlis penutup yang...
LENSA SEKOLAH | RUMAH SUKAN (PART 3)
KUANTAN - Karnival Sukan dan Ilmiah yang berlangsung baru-baru ini melibatkan 4 rumah sukan bertemakan peperangan islam iaitu Tabuk, Badr, Uhud dan Ahzab. Antara yang menarik perhatian adalah hiasan yang diubah suai bagi setiap rumah dengan mengikut tema dan menggabungkan kreativiti antara para guru dan pelajar. Tahniah kepada Rumah Sukan Tabuk kerana menjuarai Rumah Berhias bagi tahun ini. Karnival ini juga mempertandingkan acara rasmi MASISUPA seperti bola sepak, futsal, bola jaring,...
