Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA SEKOLAH | PROJEK KUANTAN RAHMAH 3R

KUANTAN - 18.02.2020 Parlimen Kuantan akan melaksanakan Projek Kuantan Rahmah 2020 - 3R bagi kelestarian alam sekitar dengan memberi fokus kepada projek kitar semula minyak masak terpakai bermula awal Februari. SM Agama Al-Ihsan Kuantan telah terpilih sebagai salah satu sekolah yang terlibat dalam menjayakan projek rahmah tersebut. Objektif projek 3R ini adalah sebagai strategi serampang dua mata dalam menjaga kelestarian alam sekitar melalui konsep Reuse, Reduce, Recycle sambil menjaga kebajikan masyarakat melalui konsep pemberian insentif. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua pelajar dalam penglibatan sepanjang projek ini berlangsung.  Semoga para pelajar mendapat sesuatu dan menjadikannya sebagai batu loncatan ke arah kemajuan akademik masing-masing pada masa hadapan.


Tag: 2020 KUANTAN RAHMAH

0 komen

Sila berikan komen anda di sini