LENSA SEKOLAH | LATIHAN KEBAKARAN
KUANTAN - Satu latihan memadam api kebakaran telah dilaksanakan oleh Unit Keselamatan SM Agama Al-Ihsan dengan kerjasama daripada Jabatan Bomba & Penyelamat (Unit Latihan). Antara yang menarik ialah para pelajar didedahkan bagaimana menggunakan alat pemadam api dengan cara yang betul dan selamat. Beberapa orang pelajar mengambil peluang untuk merasai sendiri menggunakan alat pemadam api dan memakai jaket keselamatan bomba apabila memadamkan kebakaran. Latihan yang diadakan merupakan salah satu bentuk PdPc diluar kelas yang mana mampu menarik perhatian para pelajar dan seterusnya mewujudkan pengalaman belajar dalam diri masing-masing. Semoga dengan pelaksanaan latihan kebakaran ini mampu memberi pengetahuan yang meluas kepada para pelajar dalam usaha memadamkan kebakaran apabila berlaku kecemasan di kawasan sekolah.
0 komen