Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA SEKOLAH | SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1441H

KUANTAN - 8.11.2019 Badan Dakwah dan Kepimpinan (BDDK) telah menganjurkan satu pengisian khas sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah. Pengisian tersebut telah disampaikan oleh PU Hamizi dengan tema ‘Rasulullah Idolaku Dunia dan Akhirat’. Objektif utama pengisian tersebut adalah untuk memberi kesedaran dan pengukuhan akan kepentingan memahami seerah nabi dengan baik. Tambahan daripada itu, para pelajar turut meriahkan sambutan dengan pembinaan sepanduk khas bagi setiap kelas. Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pelajar atas kerjasama yang diberikan sepanjang program berlangsung. Semoga para pelajar mendapat sesuatu dan menjadikannya sebagai batu loncatan ke arah kemajuan akademik masing-masing pada masa hadapan.


Tag: 2019 sambutan

0 komen

Sila berikan komen anda di sini