Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA SEKOLAH | 5S ASRAMA

KUANTAN - Unit 5S SM Agama Al-Ihsan telah menganjurkan gotong-royong secara berperingkat dalam usaha meningkatkan lagi kualiti sekolah seterusnya layak untuk mendapat pengiktirafan 5S. Antara yang difokuskan ialah kawasan asrama yang merupakan sebahagian daripada persekitaran sekolah. Pelaksanaan diketuai oleh En. Ahmad Baihaqi B. Abd Basik, Ketua Warden dengan dibantu oleh para warden yang lain. Persekitaran asrama perlu diceriakan dengan membuat pembaharuan dan penambahbaikan dengan meletakkan tema mengikut kawasan yang telah ditetapkan. Semoga dengan usaha murni ini dapat mendidik para pelajar untuk bertanggungjawab terhadap kemudahan yang disediakan oleh pihak pengurusan asrama. Selamat Bekerja!

Tag: 5S asrama 2018

0 komen

Sila berikan komen anda di sini