Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

Tag: "5S"

Papar Artikel

LENSA SEKOLAH | PROMOSI 5S

KUANTAN - Jawatankuasa 5S Unit Promosi telah mengadakan satu taklimat bertempat di tapak perhimpunan bagi memberi pendedahan awal kepada para pelajar dan guru mengenai kaedah pelaksanaan 5S di kawasan masing-masing. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan terima kasih dan selamat maju jaya kepada semua pelajar dalam mengamalkan 5S sepanjang sesi persekolahan berlangsung.

Tag: 2019 5S

Papar Artikel

LENSA SEKOLAH | PERASMIAN 4K DAN 5S

KUANTAN - Jawatankuasa 5S telah mengadakan Majlis Perasmian 4K dan 5S bertempat di Dewan ad-Daraquthni. Tujuan perasmian tersebut adalah sebagai lambang persediaan para guru dan pelajar dalam mengamalkan 5S di kawasan masing-masing seterusnya mempraktikkan dalam kehidupan seharian. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua guru dan pelajar dalam menghadapi cabaran 5S pada masa hadapan.


Tag: 2019 5S

Papar Artikel

LENSA SEKOLAH | ANUGERAH 5S

KUANTAN - Penyampaian Anugerah 5S bagi sesi 2018 telah disempurnakan oleh wakil MPC Zon Pantai Timur kepada Jawatankuasa 5S sekolah bertempat di Dewan ad-Daraquthni. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada Jawatankuasa 5S yang terdiri daripada para guru dan semua pelajar dalam mengekalkan dan mengamalkan 5S dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan.


Tag: 2019 5S

Papar Artikel

LENSA SEKOLAH | 5S ASRAMA

KUANTAN - Unit 5S SM Agama Al-Ihsan telah menganjurkan gotong-royong secara berperingkat dalam usaha meningkatkan lagi kualiti sekolah seterusnya layak untuk mendapat pengiktirafan 5S. Antara yang difokuskan ialah kawasan asrama yang merupakan sebahagian daripada persekitaran sekolah. Pelaksanaan diketuai oleh En. Ahmad Baihaqi B. Abd Basik, Ketua Warden dengan dibantu oleh para warden yang lain. Persekitaran asrama perlu diceriakan dengan membuat pembaharuan dan penambahbaikan dengan...

Tag: 5S asrama 2018