LENSA SEKOLAH | CANCER AWARENESS
KUANTAN - Bahagian Hal Ehwal Murid Unit Kesihatan dengan kerjasama Majlis Kanser Negara telah mengadakan satu taklimat kesedaran bertempat di Dewan ad-Daraquthni. Tujuan utama pengajuran adalah untuk memberi pendedahan berkaitan kanser dan kesan dalam kehidupan seorang pelajar secara khususnya. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan terima kasih diatas penyampaian yang diberikan dan semoga para pelajar berwaspada dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan.