LENSA SEKOLAH | ANUGERAH SIMULASI SMA
KUANTAN - Simulasi SMA 2017 yang berlangsung di Kem Akademik Azam telah melabuhkan tirai dengan jayanya. Seramai 14 orang pelajar telah mencapai keputusan dengan pangkat Mumtaz Sofi. Anugerah disampaikan oleh Yang Berbahagia Hj. Mustaparudin Bin Osman, AAP,. AMP,. Pengetua SM Agama Al-Ihsan Kuantan. Anugerah yang disampaikan adalah sebagai suntikan semangat kepada pelajar lain dan pada masa yang sama pihak sekolah telah menyampaikan sedikit insentif kepada para pelajar yang mendapat keputusan...
LENSA SEKOLAH | SIMULASI SMA 2017
KUANTAN - Bermula 26 hingga 28 September 2017, Sekolah Menengah Agama al-Ihsan telah mengadakan Simulasi SMA untuk pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Menengah Agama Pahang (SMA) bertempat di Kem Azam Cempaka. Seramai 175 orang peserta turut serta dalam program ini. Antara lain, simulasi ini bertujuan mengesan perkembangan dan kesedaran calon SMA selepas peperiksaan percubaan SMA baru-baru ini. Semoga bermanfaat dan beroleh kejayaan dunia dan akhirat.
LENSA SEKOLAH | HARI PELAPORAN PELAJAR
KUANTAN - Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan telah mengadakan Hari Pelaporan Pelajar atau lebih dikenali dengan nama Hari Prestasi Pelajar yang bertujuan untuk pihak sekolah khususnya para guru melihat dan menganalisis perkembangan pembelajaran individu pelajar untuk suatu tempoh persekolahan. Kecenderungan pelajar dalam bidang akademik bergantung kepada tahap keberkesanan PdPc yang dijalankan oleh guru sama ada pembelajaran tradisional atau pembelajaran abad ke-21 disamping tidak...
LENSA SEKOLAH | MALAYSIA QURAN HOUR
KUANTAN - Program Malaysia QuranHour yang berlangsung di seluruh Malaysia pada 24 Ramadan 1438H telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pelajar pada peringkat Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan. Program ini telah dilancarkan pada jam 1300 petang bertempat di Dewan Utama ad-Daraquthni. Program yang bertemakan 'Satu Jam Bersama al-Quran' ini membuktikan bahawa membudayakan al-Quran di dalam kehidupan adalah satu aktiviti harian yang perlu dilaksanakan sebagai seorang berbangsa...