Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA SEKOLAH | PASS KELUAR KELAS

KUANTAN - Unit Hal Ehwal Murid telah melancarkan Pass Keluar Kelas dalam bentuk Jaket Keselamatan sebagai satu simbolik dalam usaha mendidik para pelajar mendisiplinkan diri untuk mengurangkan masalah keluar kelas dengan sengaja atau tanpa urusan rasmi. Pass Keluar Kelas disampaikan oleh Yang Berusaha Ustaz Ruzlan Bin Abd Rahman, GPK Kurikulum dan Pentadbiran kepada semua ketua kelas merangkumi Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Semoga dengan wujudnya Pass Keluar Kelas, para pelajar mampu untuk amanah dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas masing-masing dan tidak menggunakan pass tersebut dengan sewenang-wenangnya.

Tag: HEM disiplin 2018

0 komen

Sila berikan komen anda di sini