Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA SEKOLAH | PILIHANRAYA MPP SEKOLAH (PENGUNDIAN)

KUANTAN - Seramai 970 orang warga sekolah yang terdiri daripada pelajar dan guru telah membuat pilihan untuk turun mengundi. Sebelum pengundian dilaksanakan, seluruh warga sekolah mendengar sedikit amanat daripada Tuan Pengetua selaku Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya peringkat sekolah iaitu Yang Berusaha Hj. Mustaparudin Bin Osman AAP., AMP. Proses membuang undi dilaksanakan oleh setiap pelajar bagi setiap tingkatan dan dimulakan dengan undian daripada para guru. Proses pengundian yang bermula Jam 0730 pagi itu telah tamat tepat Jam 0900 pagi. Semoga pemilihan wakil pelajar melalui sistem demokrasi ini dapat meningkatkan keupayaan pelajar dalam kemahiran membuat pilihan dan kemahiran kepimpinan.

Tag: MPP 2018

0 komen

Sila berikan komen anda di sini