Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA SEKOLAH | MASISUPA ZON 2

KUANTAN – Kejohanan Majlis Sukan dan Ilmiah Sekolah-Sekolah Ugama Negeri Pahang (MASISUPA) ZON 2 kali ke-33 dibawah kelolaan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) sedang berlangsung di Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan, Kuantan mulai dari 16 hingga 19 Februari 2017. Kejohanan MASISUPA ini melibatkan 5 buah Sekolah Menengah Agama Negeri iaitu Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan, Sekolah Menengah Agama Maran, Maahad Sultan Ahmad Shah, Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar dan Sekolah Menengah Islam Al-Irsyad.
 
Kejohanan MASISUPA ini mempertandingkan 8 Acara Sukan dan 17 Acara Ilmiah mengikut kategori masing-masing yang merangkumi kategori menengah rendah, menengah atas dan terbuka menengah. Perlaksanaan yang berterusan ini juga membuktikan bahawa melalui kejohanan seperti ini, para pelajar dari sekolah aliran agama mampu untuk bersaing dan mampu memberikan persaingan yang hebat kepada para pelajar dari sekolah aliran biasa sama ada di lapangan sukan mahupun lapangan ilmiah.
 
Justeru, pihak pentadbiran sekolah berharap agar semua pengurus, jurulatih dan atlet yang menyertai dalam kejohanan ini dapat mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi dan peribadi sahsiah diri yang baik seterusnya menjadikan Zon 2 sebagai Juara Keseluruhan dalam Kejohanan MASISUPA Pusat pada masa akan datang.

Tag: MASISUPA

0 komen

Sila berikan komen anda di sini