LENSA SEKOLAH | PROGRAM BERSAMA PCMTBE SDN. BHD. UNIT ERC
KUANTAN - Jawatankuasa 5S Unit Keselamatan dengan kerjasama Petronas Chemicals MTBE Sdn. Bhd. telah mengadakan latihan kebakaran bertempat di bangunan asrama masing-masing secara serentak dan disertai latihan memadamkan kebakaran di tempat berkumpul asrama lelaki. Pihak sekolah turut merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih atas kerjasama yang diberikan sepanjang latihan berlangsung. Semoga para pelajar dan warden dapat mempraktikkan dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan.