LENSA ASRAMA | SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG
KUANTAN – Pengurusan Asrama Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan telah menganjurkan satu Program Keluarga Angkat bagi sesi 2017. Program ini telah dilancarkan dalam satu Majlis Suai Kenal Keluarga Angkat yang dirasmikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Lebai Idris Bin Ali, Penolong Pengarah Unit Ko-kurikulum dan Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Agama Islam Pahang pada 22 Januari 2017 bertempat di Dewan ad-Daraquthni.
Program ini merupakan program tahunan asrama dan diteruskan lagi pada tahun ini kerana...
LENSA SEKOLAH | SEKOLAH AGAMA MENJADI PILIHAN
KUANTAN – Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan telah menerima seramai 170 orang pelajar baru bagi Kemasukan Tingkatan 1 sesi persekolahan tahun ini. Jumlah tersebut meyakinkan bahawa sekolah agama masih mendapat tempat dalam hati masyarakat khususnya buat generasi baru dalam kerangka memacu perubahan arus pendidikan berlandaskan shariah.
Hari Orientasi Pelajar yang dilaksanakan pada 09 Januari 2017 bertempat di Dewan ad-Daraquthni merupakan satu medium yang diketengahkan oleh pihak sekolah...
MAJLIS GRADUASI KALI PERTAMA
Telah berlangsung satu majlis gilang gemilang buat pertama kalinya di Sekolah Menengah Agama al-Ihsan iaitu Majlis Graduasi Kali Pertama. Majlis ini telah berlangsung pada 30 Oktober 2016 di Dewan SUK, Kuantan.
Seramai 198 orang pelajar dari tingkatan lima tahun 2016 diraikan dalam majlis ini. Graduasi ini diberikan kategori mengikut sakhsiyah pelajar. Pelajar Terpuji diungguli oleh Wan Mohd Aizat. Beliau memegang jawatan sebagai ketua asrama dan pengawas sekolah. Beliau juga aktif dalam sukan...