Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA SEKOLAH | MAJLIS GRADUASI KALI KE-2

KUANTAN - Pengiktirafan telah diberikan oleh pihak sekolah melalui Hari Graduasi kepada calon SPM keseluruhannya sebagai satu simbolik tamat 5 tahun pengajian dalam pelbagai aliran. Seramai 173 orang telah bergraduasi mengikut aliran masing-masing yang terdiri daripada aliran sains tulen, aliran sains kemanusiaan dan juga aliran perakaunan. Para graduasi keseluruhannya diraikan secara berprotokol dan mengikut adat istiadat sepanjang majlis berlangsung. Penganjuran Majlis Graduasi adalah suatu tindakan positif yang diambil oleh pihak sekolah untuk meningkatkan motivasi dan kecemerlangan dalam diri pelajar. Penganjuran majlis ini juga sememangnya mendapat kepercayaan daripada ibu bapa untuk turut hadir bersama dan memeriahkan lagi majlis yang telah berlangsung. Tambahan daripada itu, pihak sekolah juga mengiktiraf kejayaan pelajar bukan sahaja dalam bidang kurikulum bahkan dalam bidang kokurikulum. Justeru, pihak sekolah mengharapkan peningkatan keberhasilan pelajar melalui pembelajaran bermakna semasa PdPc yang dilaksanakan dapat melahirkan generasi pelajar yang seimbang dari aspek rohani dan jasmani.

Tag: graduasi

0 komen

Sila berikan komen anda di sini