Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

Selangkah Di Hadapan

LENSA SEKOLAH | KEMPEN SAYANGI BUKU TEKS

KUANTAN - Bagi meningkatkan kesedaran pelajar terhadap kepentingan menjaga buku teks, pihak sekolah telah melancarkan Kempen Sayangi Buku Teks. Kempen tersebut berlangsung bagi tempoh sepanjang tahun yang mana para pelajar di pantau melalui semakan buku teks dari semasa ke semasa mengikut tingkatan masing-masing. Tambahan daripada itu, para pelajar juga diingatkan agar menjaga buku teks daripada sebarang kerosakan dan perlu membalut pada masa yang sama dalam usaha memastikan buku teks terjaga dan dalam keadaan yang baik. Para pelajar menyambut baik hasrat pihak sekolah melalui kempen ini dengan membuktikan penurunan kadar buku teks yang rosak sehingga kepada angka sifar. Justeru, pihak sekolah menyarankan agar para pelajar menyayangi buku teks seperti mana mereka menyayangi barangan persendirian mereka.

Tag: Kempen 2018

0 komen

Sila berikan komen anda di sini