LENSA SEKOLAH | LARIAN MERENTAS DESA (PART 1)
KUANTAN - Satu Karnival Sukan dan Ilmiah peringkat sekolah telah dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SM Agama Al-Ihsan dalam usaha menyuntik semangat MASISUPA yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Larian sejauh 7KM ini melibatkan tenaga kerja seramai 900 orang yang terdiri daripada pelajar dan guru. Karnival ini berlangsung dalam tempoh satu minggu dan menjadikan acara larian merentas desa sebagai acara pembukaan. Kemeriahan karnival dapat dirasai oleh masyarakat setempat dengan kehadiran Tok Penghulu yang memberi sokongan sepenuhnya terhadap pelaksanaan karnival. Hal ini membuktikan bahawa masyarakat setempat sentiasa memberi perhatian dan membuat penilaian terhadap prestasi sekolah. Semoga Al-Ihsan akan terus maju dalam bidang kokurikulum. Majulah Sukan untuk Negara!
0 komen