Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan

'MEMACU IHSAN KE PUNCAK SMAN'

LENSA SEKOLAH | HARI GURU 2018 (PART 1)

KUANTAN - Unit Tugas-Tugas Khas dengan kerjasama Badan Kepimpinan Sekolah telah menganjurkan Sambutan Hari Guru bertemakan "Guru Pemacu Transformasi Pendidikan". Antara yang menarik adalah tema pakaian bagi tahun ini iaitu "Kalau Aku Bukan Seorang Guru". Guru merupakan aset utama kepada transformasi pendidikan yang sedang rancak direncanakan di setiap institusi pendidikan secara amnya. Tambahan daripada itu, guru memainkan peranan penting dalam membentuk generasi baru seiring dengan kemajuan pendidikan yang mana mementingkan kualiti dalam proses membentuk manusia yang bersifat manusiawi. Semoga guru mampu menghasilkan hasil pendidikan yang sebenar dan mengukuhkan institusi pendidikan pada masa hadapan.

Tag: hari guru 2018

0 komen

Sila berikan komen anda di sini